TEL AVIV: Organisasi Yahudi, Yad Lahim, bertindak biadap dengan menerbitkan risalah setebal 222 muka surat yang digelar mereka ‘al-Quran baru’ bertujuan menyebarkan ‘mesej baru al-Quran’ itu kepada sesiapa yang ingin mengetahui kandungan sebenar al-Quran dan hadis.
Asia News melaporkan, bagi tujuan itu, organisasi berkenaan mewujudkan telefon bebas tol dan mendirikan dua pusat penerangan di Tel Aviv dan Baitulmaqdis Barat serta menerbitkan video mengenai kedudukan wanita dalam Islam yang digambarkan sebagai golongan yang patuh membuta tuli dan diberi layanan buruk.
Kandungan risalah itu jelas tidak mengiktiraf doktrin Islam yang diturunkan dari syurga malah mendakwa al-Quran ditulis secara langsung oleh Nabi Muhammad.
Bagi umat Islam, keajaiban paling hebat dalam al-Quran ialah apabila Nabi Muhammad menghafal surah yang dibacakan kepada baginda oleh Jibril.
Yad Lahim mendakwa tindakan mereka itu bertujuan membantu umat Islam yang salah faham mengenai al-Quran sebenar dan membongkar idea beracun yang berada dalam masyarakat Islam.
Penduduk Islam lantas melontarkan bantahan keras terhadap risalah terbitan organisasi itu kerana ia fitnah dan merendah-rendahkan al-Quran asal dan diterbitkan bertujuan mencetuskan keraguan mengenai kepercayaan asal umat Islam.
Mufti Baitulmaqdis, Sheikh Akrama Sabri, cuba meredakan ketegangan itu dengan berkata itu bukan kali pertama ia dilakukan dan cubaan seumpama itu tidak pernah berjaya.
Dia meluahkan keyakinannya tidak akan ada seorang pun berjaya merosakkan keaslian al-Quran kerana ia dilindungi Allah.
📹 Télécharger Edge of Isolation Films complets
5 years ago
No comments:
Post a Comment